Revolusi SeminarHartanah.Com 13 November 2011

Assalamualaikum dan salam ceria buat para pembaca blog BrokerHartanah.Com yang dikasihi sekalian.

Hari ini kami berkongsikan satu lagi pengalaman kepada pembaca setia bagi mencetus semangat dalam kerjaya ejen perunding hartanah yang profesional dan lumayan:)

Pada 13 November baru-baru ini sekali lagi pihak kami menganjurkan program SeminarHartanah.Com yang berlangsung di International Youth Centre, Cheras bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Sambutan yang kami terima dari seminar kali amat menggalakkan dan luar dari jangkaan. Kami telah menerima kehadiran peserta seramai lebih 100 orang yang datang dari pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia dan Negeri di bawah Bayu iaitu Sabah.

Seminar ini turut diserikan dengan kehadiran para alumni SeminarHartanah.Com dan mendapat sokongan padu dari mereka dalam membantu dan berkongsi pengalaman kepada para peserta untuk menjadi ejen perunding hartanah yang berjaya.  Slot perkongsian hebat ini di sertai oleh para alumni seperti Abang Zain, Kak Ummi, Keyn Aziz, Encik Rizan dan Puan Rafidah Moin yang telah berkongsi pengalaman mereka sepanjang menceburi bidang hartanah. Mereka pernah hadir sama ke SeminarHartanah.Com dan terus bertindak selepas menyertai seminar ini. Kemudian mereka berdaftar dengan pelbagai agensi hartanah yang berbeza-beza. Para alumni juga pernah ‘close deal’ beberapa kes sebelum ini. Mereka juga menggunakan pelbagai cara untuk promosi seperti penggunaan laman web sosial Facebook dan WebsiteHartanah.Com. Semoga ianya menjadi pendorong kepada lebih ramai orang untuk menyertai industri jutawan hartanah ini.

Rata-rata peserta kali ini memberikan respon yang positif serta komen-komen yang membina. Pelbagai pertanyaan yang diajukan oleh para peserta kepada penceramah dan kami berasa teruja dengan kesungguhan yang dipamerkan para peserta kali ini.

Berikut merupakan antara komen dan respon yang kami terima dari para peserta untuk dikongsikan kepada pembaca blog BrokerHartanah.Com sekalian :

  • Seminar yang bagus dan banyak info berguna dikongsi bersama dengan agen-agen yang berjaya dan berpengalaman dalam bidang hartanah. Cadangan bagi seminar akan datang dapat disediakan aturcara majlis (tentative) – Wan Mohd Azhan bin Wan Husin, Kuala Lumpur
  • Banyak informasi. Harap dapat disampaikan secara lebih sistematik dan teratur kerana bagi yang ’0′ (zero) seperti saya rasa konfius/keliru – Musriyah binti Kaulan, Negeri Sembilan
  • Program yang baik untuk mendidik masyarakat mengenai sektor hartanah bagi menjana ekonomi – Salleh Yunus
  • Banyak pengetahuan baru dan menarik minat untuk mencuba – Shakinah bt Abdul Aziz
  • Semuanya ok-berkenaan dengan peguam tidak dapat hadir,harap tidak berlaku lagi – Wan Ahmad Zaidi Mohamad
  • Usaha yang baik, perbaiki dari segi persembahan termasuk Slide 3D - Abdul Razak Kahar, Selangor
  • Bagus cuma masa mencemburui kita – Wan Azrul Faizi Bin Wan Sarif, Selangor
  • Masa sangat singkat – Amirul Sulbah Bin Mohd Musleh, Selangor
  • Bagus jer – Azmir Anuar
  • Ok – Ruzmi bin Hashim, Selangor
  • Memberikan sedikit sebanyak pengetahuan bagi seorang yang di peringkat permulaan – Nurul Azam bin Bachik
  • Tiada komen – Md Hazrul bin Ariffin, Putrajaya
  • Tiada komen – Rafida binti Mohd Radzi, Selangor
  • Bagus & Informatif – Elina binti Arif Shah, Selangor
  • Amat beruntung dan bertuah – Mohd Nizam bin Mohamad Sarip, Selangor
  • Program ini sangat bagus dan memberi info yang berguna kepada saya.cuma persembahan perlu diperbaiki – Mohamad Azlan Bin Jaffar
  • Dapat menambahkan lagi info tentang hartanah. Berminat - Mahfuzah Mohd Ali, Kuala Lumpur
  • Kandungan kursus menarik dan banyak idea yang dikongsi – Ros Aidura binti Mohd Toff, Selangor
  • Seminar ini amat bagus – Qys Helena, Selangor
  • Program yang bagus cuma bilangan peserta perlu dihadkan – Asry bin Mohamed, Selangor
  • Tiada komen – Shamsul Bahari Mat Salleh, Kuala Lumpur
  • Bagus, cemerlang, boleh buat lebih hebat lagi, Insha Allah – Syed Kamil,Kuala Lumpur
  • Alhamdulilah, sangat berguna – Sabri Zakaria, Selangor
  • Tiada komen – Roslinah bt Laikoi
  • Saya dapat pelbaga informasi berkaitan hartanah yang saya tidak ketahui sebelum ini. Thank guys -Jamilah binti Abd Kadir, Melaka
  • Bagus-bertenaga. Bolehkan terus berhubung selepas ni untuk tunjuk ajar dan nasihat – Siti Narimah Aziz
  • Insuran & banking separate session – Mohd Shamsuri Jelani
  • Terbaik – Muhammad Jefri bin Ibrahim, Johor
  • Terbaik. besh!! – Azlinda binti Ahmad Hussin, Johor
  • Penerangan yang diberi membuka mata untuk berkecimpung dalam industri ini, terima kasih – Rozita Md Lassim
  • Sangat memberi pengetahuan – Noor Azian binti Ali, Selangor
  • Improve daripada segi penyampaian speaker – Mohd Hafizi Abd Halim, Selangor
  • Tiada komen – Faizal Shariff Udin, Johor
  • Good – Zamzuri bin Mohamed Ramli, Selangor
  • Terbaik!! – Md Zumali Bahrin, Selangor
  • BESH :) Terima kasih atas segalanya. Semoga Allah permudahkan urusan kita – Aini Azura Binti Atikun
  • Overall memuaskan, cuma a bit crowded dan ada presenter seperti kurang bersedia – Mohd Ezad Fansuri
  • Seminar memuaskan dan dapat memenuhi segala soalan yang tertanya- tanya selama ini. Diharap dapat lebih memberi input yang besh dimasa-  masa akan datang – Mohd Syabani Bin Zainon, Selangor
  • Best dan terbaik. Kalau boleh tambah lagi info – Khairul Hakim bin Khalid, Kuala Lumpur
  • Perbanyakkan penerangan dan ceraikan isu tentang pasif  income. Info tentang tanah patut digali dan di perkembangkan – Ismail Ibrahim, Negeri Sembilan
  • Satu pendedahan yang sangat berguna untuk bakal-bakal perunding hartanah yang ingin terlibat secara serius dalam bidang ini – Khairunizam Ahmad Zaini, Selangor
  • Sangat berguna tetapi perlu lebih ruang untuk sesi soal jawab dan teknikal prosedur / legal info – Maznah binti Mahadzir, Selangor
  • Pendatang baru perlu banyak maklumat. TQ .Peluang Part time-OK - Mohd   Nizam bin Mohamed, Kuala Lumpur
  • Membuka peluang yang amat diambil tindakan segera – Azman Mohamed Tawil, Selangor
  • Informatif – Muzamil Hashim, Kuala Lumpur
  • Group discussion – Wan Muhd Khomeni bin Wan Md Shariff, Selangor
  • Bagus – Mohd Emran Ibrahim, Selangor
  • Best giler! Bagus – Mohd Rusli Ibrahim
  • Beshhh!!! :) – Nur Asilah binti Hashim, Selangor
  • 8/10 – Mohd Zahrin bin Abdul Wahab, Selangor
  • No comment – Joanna binti Faris, Selangor
  • Very educational, practical, and comprehensive – Ramdi bin Indang, Sabah
  • Tiada komen – Suhaimi bin Sahar, Kuala Lumpur
  • Best! banyak info. Boleh link takaful, wasiat / hibah / investment. Jemput hadir buat seminar di Kuantan especially Temerloh. Sy tolong arrange – Arshad bin Abdul Aziz, Pahang
  • Terrbaaaiiikkk!!!! – Sufri Syah bin Hermansyah – Kuala Lumpur
  • No Comment – Johan Fariz, Selangor
  • Sangat berfaedah. Tahniah atas penganjuran – Gibil@Gabriel bin Sinit, Sabah
  • Perlu ada stage pasal tak nampak penceramah – Mohd Riduan Musa, Kuala Lumpur
  • Banyak benda yang perlu saya pelajari. Bagaimanapun keseluruhan seminar adalah baik, bagus dan memuaskan. Terima kasih – Siti Rahmah binti Mohd Yusoff, Selangor
  • Saya amat berpuas hati dengan seminar ini. Memang besh!!! - Faridahanim Zainuddin, Selangor
  • Saya amat berpuas hati dengan para penceramah dan saya memang bersemangat untuk menceburi bidang ini. Saya mengharapkan pihak tuan sudi membantu – Alimaton bt Md Ali, Selangor
  • Bagi peluang kepada part time – Muhd Rusdi

Secara tuntasnya, ilmu yang diperolehi oleh para peserta hendaklah terus dipraktikkan dan diamalkan dalam merealisasikan impian sebagai ejen perunding hartanah kelak. Kami berharap agar para peserta berpuas hati dengan info dan ilmu yang disampaikan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah Taala dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.

Selamat Maju Jaya semua!

Salam ikhlas,

:: Team SeminarHartanah.Com::

www.SeminarHartanah.Com

  • p/s : Para peserta diingatkan supaya mendaftar diri sebagai alumni SeminarHartanah.Com seperti yang telah diberitahu.
  • p/p/s : Post ini boleh dikongsi di laman sosial Facebook, Blog dan juga Forum dengan syarat tidak mengubah apa-apa isi kandungan yang terdapat di dalamnya.

11 Jun 2011,peserta SeminarHartanah.com Membongkar Rahsia menjadi Ejen Perunding Hartanah yang Profesional!

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat para pembaca blog BrokerHartanah.com yang budiman  dan dikasihi sekalian.

Kami di sini sentiasa mengalu-alukan kedatangan kalian ke blog ini dalam mengikuti perkembangan dan memperoleh ilmu dalam perkongsian yang kami nukilkan.

Bagaimana dengan prestasi dan keadaan tuan puan dalam menempuh liku-liku dan cabaran hari mendatang? Kami mendoakan agar kalian berada dalam keadaan baik dan sihat dalam meneruskan dan melangkah diri kalian ke arah yang lebih maju dan positif.

Hari ini kami akan berkongsikan satu pengalaman berdasarkan bukti yang nyata kepada kalian bagi membakar semangat dalam kerjaya sebagai ejen perunding hartanah yang profesional dan lumayan.

71 orang Berpuashati di SeminarHartanah.com pada 7 Mei 2011

Salam ceria dan salam hormat kepada pembaca-pembaca blog BrokerHartanah.com

Diharapkan kalian semua sihat-sihat belaka dan dijauhkan dari fitnah dan hasad dengki dari orang luar.

Dimulakan dengan bacaan  ’Bismilahirrohmanirrohim’ sebagai pembuka bicara serta pembasah lidah.

Pada 7 Mei yang lalu, sekali lagi SeminarHartanah.com berlangsung di International Youth Centre, Cheras bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 4.00 petang. Sambutan pada kali ini sangat menggalakkan dimana peserta yang  mendaftar ialah seramai 71 orang yang datang dari seluruh semenanjung Malaysia seperti Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Melaka dan juga dari sekitar Kuala Lumpur. Kami sungguh teruja dengan sambutan yang diluar jangkaan ini.

Rata-rata peserta yang hadir sangat berpuashati dan terhibur sepanjang program tersebut dijalankan. Suasana pada petang itu bertambah gamat dan ceria semasa sesi bersama alumni SeminarHartanah.com yang diserikan oleh Kak Ummi, Kak Norizah, Puan Rafidah, Bro Syazwan, Abang Zain, Bro Rizan dan Bro Shaiful. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, alumni yang hadir ini telah memulakan langkah pertama mereka sebagai Ejen Hartanah Berdaftar. Peserta-peserta pada kali ini juga sangat ‘humble’ dan ‘sporting’ kerana banyak persoalan yang mereka lontarkan kepada penceramah serta kepada alumni-alumni semasa SeminarHartanah.com berlangsung.

SeminarHartanah.com kembali GEGAR di IYC, Kuala Lumpur pada 7 Mei ini!

Salam ceria kepada semua pembaca-pembaca 1Malaysia.

Diharapkan anda semua sentiasa sihat walafiat disamping orang yang tersayang. Yang mana tidak sihat, cepat-cepatlah ke klinik dan makan ubat.

Bagaimana pun tahap kesihatan anda sekarang, kami hanya mendoakan yang baik-baik sahaja dan semoga anda semua cepat sembuh.

Berbalik kepada topik asal kita di sini, setelah sekian lama mendiamkan diri, kami di Team SeminarHartanah.com kembali semula menggegarkan International Youth Centre (IYC), Kuala Lumpur. Pasti sebelum ini ramai yang tertunggu-tunggu bilakah SeminarHartanah.com ini bakal dilangsungkan lagi?

Ya, kali ini Team SeminarHartanah.com telah memilih tarikh pada 7 Mei (Sabtu) ini untuk mengadakan SeminarHartanah.com. Masa bermula dari 9.30 pagi sehingga 4.00 petang (waktu Malaysia ye). Apapun kepada semua pembaca diluar sana yang ingin mengetahui lebih lanjut bidang hartanah, yang kurang tahu tentang dunia hartanah, yang tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah, yang kurang tahu bagaimana prosedur untuk jual beli rumah atau hartanah  dan yang paling penting sekali bagi mereka-mereka yang ZERO tentang hartanah, apa kata anda sertai kami di SeminarHartanah.com ini. Kenapa anda perlu ke SeminarHartanah.com ini?

Apa kata beliau? Unik dan menarik?

Bermanfaat?

Antara yang telah memulakan langkah dan yang telah berjaya dengan seminar ini:-

Kak Rafidah & Kak Ummi

www.hartanahn9.com

Jadi, apa yang nak ditunggu? Jom sertai kami dan di SeminarHartanah.com.

*Untuk membuat pendaftaran sila ke SeminarHartanah.com (klik pada butang TEMPAHAN dibawah sekali)

Jumpa di sana ya!!

santeekee – realiti insan

Kembali Bersama Team SeminarHartanah.Com Pada 5 Mac Lepas

Salam sejahtera….
Salam 1 Malaysia….

Buat kali kedua pada tahun 2011, International Youth Center (IYC) yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur menjadi lokasi pilihan Team SeminarHartanah.Com untuk mengungguli SeminarHartanah.Com. Seminar ini diadakan pada tarikh 5 Mac 2011. Bermula dari jam 9.30 pagi hingga jam 4 petang.  Seramai 44 orang peserta telah hadir untuk mejayakan SeminarHartanah.Com ini, dimana masing-masing dari seluruh Malaysia. Ada yang datang dari Temerloh,  Melaka, Kedah, Selangor, Kelantan, Kuala Lumpur dan lain-lain.

Rahsia Membina Empayar Secara Senyap

Sudah pastinya apabila anda berada dalam dunia perniagaan atau anda menyewa ataupun anda seorang pemilik sebuah bangunan. Dua perkara penting yang perlu anda ketahui. Pertama jika anda menyewa, anda akan dapat menilai sewaan akan meningkat setiap kali anda ingin memperbaharui perjanjian sewaan yang akan tamat. Perkara kedua, anda akan dapati harga bangunan tersebut sentiasa meningkat.

Sekiranya anda tahu, terdapat pemilik bangunan memperoleh pulangan berlipat kali ganda berbanding harga belian pertama bangunan tersebut. Walaupun anda tidak ubah suai bangunan  anda melainkan hanya mengecat setiap lima tahun. Nilainya tetap akan meningkat.

Kenapa dan bagaimana ia berlaku?

Rumah Untuk Tentera Malaysia

Sumber melalui ruangan Harian Metro

18 Februari 2011- Melalui projek kerjasama antara AP Land Development Sdn Bhd (AP Land) dengan Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPAT), penjawat tentera Malaysia kini mampu tersenyum kerana mereka akan memiliki rumah sendiri menerusi Skim Perumahan Anggota Tentera 1 Malaysia.

Pasaran Mencabar kepada Ejen Hartanah

Sebagai seorang ejen yang berpengalaman atau yang baru mencari pengalaman, bagaimana cara untuk meningkat hasil jualan anda dalam keadaan ekonomi sedang merosot?

Anda perlu tahu langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghadapi cabaran ini. Dalam situasi yang mencabar, anda perlu peka dengan keadaan sekeliling dan perlu bijak untuk menilai keputusan sebelum meletakkan noktah.

Salah satu cara ialah menggunakan idea yang kreatif untuk menarik perhatian pelanggan dengan cara yang berbeza dari terdahulu dan pandangan orang lain. Ikut kemampuan

Pasaran Hartanah Dijangka Meningkat Positif

pasaran hartanah

KUALA LUMPUR — Pasaran hartanah Malaysia dijangka menyaksikan peningkat secara beransur-ansur, dengan pembeli mula kembali ke pasaran selepas kebanyakannya menangguhkan pembelian sejak dua tahun lepas akibat kelembapan ekonomi.

Dengan jangkaan pasaran akan pulih, pemintaan dijangka meningkat selari dengan peningkatan penduduk, kata Datuk Michael K.C. Yam, Timbalan Presiden Persatuan Pemaju-pemaju Perumahan dan Hartanah (Rehda).

Beliau bercakap pada Seminar FIABCI Malaysia & PPK Malaysia 2009 mengenai “Bom Jangka Kembali — Penanda Aras Kos Pengurusan” di sini hari Isnin.

Berminat Menjadi Ejen Hartanah?

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman sebagai ejen yang berdaftar dengan Rescom Realty.

Berikut mungkin ada pada diri anda:-

1.     Anda ingin menyertai ejen hartanah tetapi tidak tahu di mana hendak dimulakan.

2.     Anda tidak tahu apakah keperluan minimun untuk mendaftar diri sebagai ejen hartanah.

3.     Anda telah mencuba menjadi “BROKER HARAM” tetapi kerapkali “terlepas peluang”.

4.     Anda tidak tahu bagaimana untuk memastikan transaksi anda selamat.

Powered by WordPress | Bestincellphones.com Offers Free CellPhones. | Thanks to iCellPhoneDeals.com Wireless Deals, Find Best CD Rates and Fat Burning Furnace Review