Remaja 16 tahun jadi jutawan muda

NORTHAMPTON – Seorang remaja sekolah di Britain, Christian Owens mencipta sejarah apabila dia berjaya memperoleh kekayaan £1 juta (RM4.9 juta) dalam usia 16 tahun selepas memulakan perniagaannya dua tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berasal dari Corby, Northamptonshire di sini mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan £700,000 (RM3.5 juta).

Owens kemudian menubuhkan syarikat iklan menerusi Internet, Branchr pada 2009 yang memperoleh £500,000 (RM2.5 juta) tahun lalu dan kini turut dilanggani firma bidaan ternama, William Hill serta laman sosial MySpace.

Walaupun sibuk, dia hanya aktif selepas waktu persekolahan dan hari hujung minggu namun Owens kini mampu menggaji lapan pekerja, semuanya orang dewasa serta merancang membuka dua cawangan tahun depan.

Dia yang kini tinggal bersama bapanya yang merupakan pekerja kilang, Julian, 50, dan ibunya, Alison, 43, setiausaha sebuah syarikat, mendapat idea menjadi jutawan muda daripada kisah kejayaan Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs. – Agensi

Sumber dari Kosmo Online : http://202.190.126.83/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

CHRISTIAN OWENS menjadi jutawan dalam usia baru 16 tahun selepas memulakan perniagaan Internet dua tahun lalu.


You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Remaja 16 tahun jadi jutawan muda”

  1. Rosli says:

    Alangkah bagusnya jika dapat mempelajarinya

Leave a Reply

Powered by WordPress | Bestincellphones.com Offers Free CellPhones. | Thanks to iCellPhoneDeals.com Wireless Deals, Find Best CD Rates and Fat Burning Furnace Review