
Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat para pembaca blog BrokerHartanah.com yang budiman dan dikasihi sekalian.
Kami di sini sentiasa mengalu-alukan kedatangan kalian ke blog ini dalam mengikuti perkembangan dan memperoleh ilmu dalam perkongsian yang kami nukilkan.
Bagaimana dengan prestasi dan keadaan tuan puan dalam menempuh liku-liku dan cabaran hari mendatang? Kami mendoakan agar kalian berada dalam keadaan baik dan sihat dalam meneruskan dan melangkah diri kalian ke arah yang lebih maju dan positif.
Hari ini kami akan berkongsikan satu pengalaman berdasarkan bukti yang nyata kepada kalian bagi membakar semangat dalam kerjaya sebagai ejen perunding hartanah yang profesional dan lumayan.
Pada tanggal 11 Jun 2011 yang lalu, SeminarHartanah.com telah berlangsung kali seterusnya selama satu hari bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada jam 5 petang. Seminar tersebut diadakan di International Youth Centre, Cheras.
Secara umumnya sambutan seminar pada kali ini tidak kurang hebatnya pada siri-siri seminar sebelum ini kerana permintaan daripada para pembaca sekalian. Sambutan pada kali ini memperoleh kehadiran peserta seramai 53 orang yang datang dari pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia.
Justeru itu, para peserta memberikan respon positif dan berpuas hati dengan seminar yang dianjurkan pada kali ini. Pelbagai persoalan dan perkongsian yang dikemukakan oleh para peserta kepada penceramah. Kami bersama dengan penceramah berasa teruja dengan kesungguhan yang dipamerkan oleh para peserta kali ini. Begitu juga bagi pihak penganjur menampilkan para penceramah yang pengalaman dan profesional serta berautoriti dalam memberikan penerangan dan panduan berkenaan hartanah kepada para peserta.
Seminar ini turut disinari dan mendapat sokongan teguh dengan penglibatan alumni SeminarHartanah.com dalam membantu dan berkongsi pengalaman kepada para peserta untuk menjadi ejen perunding hartanah yang berjaya. Berikut merupakan sebahagian komentar dan respon daripada para peserta yang kami dapat kongsikan kepada pembaca semua :
- Penerangan bidang hartanah yang mendalam, pendedahan yang lebih terancang dan mempunyai bukti yang kukuh – Ajass Bin Mohamad Ibrahim, Selangor
- Suatu seminar yang bagus bagi membuka mata tentang bidang hartanah – Reezuan Rahim, Selangor
- Sangat menarik dan amat hebat – Mohd Nazif Muhsin,Selangor
- Sangat baik dan memberi pendedahan yang amat berguna – Oslan Bin Mohd Husin, Kuala Lumpur
- Sangat berkesan dan saya akan terus bergiat dalam hartanah – Mohd Sanusi Bin Ramli, Putrajaya
- Oh, memberi gambaran jelas dalam kerjaya hartanah – Hafizal bin Kasim, Selangor
- Seminar hari ini amat menarik - Muhammad Nazim Bin Ramli, Selangor
- Alhamdulillah, dapat berkongsi ilmu sediakit sebanyak dan semoga Yus maju di masa hadapan.Moga kita dapat berkongsi ilmu lagi – Norasihikin Bt Abd Yazib@Abd Aziz, Selangor
- Sangat baik bagi kami yang tiada pengetahuan mengenai hartanah – Nazir Bin Abdul,Selangor
- Seminar sangat berguna kepada perunding hartanah bumiputra Malaysia.Teruskan usaha – Hairul Bin Omar,Putrajaya
- Bagus , menambahkan pengetahuan saya dalam bidang hartanah – Mohd Idulfitri Bin Mohd Rozi, Pulau Pinang
- Tiada ada komen – Hairul bin Hasim, Johor
- Sangat bermanfaaat untuk semua – Mohd Azmee Bin Darus, Selangor
- No komen – Hj Abd Malek Hamid
- Satu seminar yang sangat bagus dalam menggalakkan peserta menceburi bidang hartanah.Syabas teruskan usaha. – Mohd Hazrol Shahril B, Hasan, Selangor
- No komen – Jessin Bin Ali, Selangor
- Dapat menimba ilmu yang sangat berguna dalam mengguna cabang hartanah ini sebagai punca rezeki.InsyaAllah – Hilmey Bin Md Aris, Selangor
- Sangat bagus dan telus dalam memberi maklumat dan bimbingan speker yang tidak kedekut ilmu/bantuan – Faizal Afizi bin Rusly, Selangor
- 1 seminar yang sangat baik patut disertai , 1 pendedahan yang esklusif, 1 peluang dikongsi bersama – Zainuddin Mohd Noah, Selangor
- Good! - Ab Razak Mohd Jais, Selangor
- Seminar yang baik dan menambah info tentang bidang hartanah – Mohd Shahrul Bin Saad, Selangor
- Perlukan lebih banyak slide atau hand out, tak cukup masa.Perlu lebih dari sehari, sebagai inidividu ‘zero knowledge’ tentang hartanah atau ejen perlukan bimbingan suslan dalam kaedah yang betul untuk menjadi ejen – Juraini Jonait, Putrajaya
- Macam tak cukup, perlukan lagi info penerangan dari A- Z sebagai ejen – Zul Osman,Selangor
- Very good! - Fanizal Ahmad Zamani, Selangor
- Very good! – Sunim Mohd Osaman, Selangor
- Salam, seminar yang banyak input boleh diperolehi dan pelajari.Banyak pengajaran atau pengalaman dari peserta-peserta yang telah Berjaya unutk kita.Kita jadikan panduan.Semoga sukses dan Berjaya. – Norah Binti Ahmad, Kuala Lumpur
- Terima kasih En Yus & team.Banyak maklumat yang dapat dari seminar ini.Seminar ini benar-benar membuka minda dan jiwa saya untuk menyusuri bidang hartanah.Sekiranya nak dapatkan khidmat landskap boleh hubungi saya 013-7704101/012-3112300. – Noor Sheila A.Mutalib, Selangor
- Dapat membangkitkan semangat dalam diri ini untuk terus maju memakmurkan dunia hartanah di Malaysia temapt tumpah darah.Diharap hubungan berkekalan.Info yang sangat berguna kepada saya yang betul-netul zero.Rakan-rakan seminar juga memberi input yang berguna – Mohamad Farhan B Mohamad Alias, Selangor
- Amat berfaedah – Samsukamal Bin Sulong, Selangor
- Keep it up! – Ahmad Zulfadi Bin Dahari, Kuala Lumpur
- Info yang bernilai untuk keberkesanan kewangan ‘Financial’ – Borhan Abdullah, Selangor
- Tahniah.Sepatutnya bangsa kita sangat memerlukan seminar seperti ini.Tahniah saya ucapkan – Musidra Idrus, Kuala Lumpur
- Terlalu basic, perlu beri lebih.Untuk permasalahan dan cara penyelesainya, penerangan secara flow chart urusan jual beli hartanah, aspek perundangan perlu dijelaskan lagi – Abd Rahim Mansor, Selangor
- Terima kasih kerana memberi pendedahan untuk anak bangsa - Romzi Bin Abidin, Kuala Lumpur
- Ianya sangat bagus untuk menaikkan taraf hidup masyarakat melayu khususnya – Roslina Bt Dollah, Selangor
- Ilmu yang diberikan adalah berbaloi – Noor Azlin Untong, Selangor
- Seminar yang hebat..Thanks Mr Yus – Abd Aziz Bin Abd Kadir, Perak
- Industri hartanah untuk bumiputra, perkongsian pengalaman yang bagus - Mohd Akamal Che Anuar, Selangor
- No komen.Very Good Seminar Hartanah – Saifulyazan B Hassan, Kuala Lumpur
- Kursus yang baik untuk mereka yang ingin menceburi bidang hartanah.Harapan saya penceramah jemputan hendaklah lebih power penuh dengan knowledge dan pengalaman untuk dikongsi bersama – Noraini Binti Isa/Mohd Nor Husin, Melaka
Secara tuntasnya, ilmu yang dipelajari dan diperolehi oleh para peserta hendaklah terus dipraktikkan dan diamalkan dalam merealisasikan impian sebagai ejen perunding hartanah kelak. Kami berharap agar semua peserta berpuashati dengan maklumat dan ilmu yang disampaikan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah Taala dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.
Semoga berjaya dan sukses!
Salam Ikhlas dari;
:: Team SeminarHartanah.Com ::

• p/s : Peserta-peserta diingatkan supaya mendaftarkan diri sebagai alumni SeminarHartanah.Com seperti yang telah diberitahu.
• p/p/s : Post ini boleh dikongsikan di laman sosial Facebook, Blog dan juga Forum dengan syarat tidak mengubah apa-apa isi kandungan yang terdapat di dalamnya.


June 20th, 2011
admin
Posted in
Tags: 



Salam,
Saya berminat nak jadi agen hartanah.tapi x tau mcm mana nak start.bila seminar yang akan datang akan diadakan?
wasalam.saudari berminat utk menjadi agen hartanah.insyaAllah akan diadakan seminar hartanah pada bulan Julai 2011 bagi membongkar rahsia menjadi billionaire agen hartanah.Saudari boleh dapatkan info berkenaan di seminarhartanah.com.Selamat membaca.
tq.saye dah browse seminarhartanah.com tapi nampak macam xtak update lagi pasal date kat situ still bulan jun.kalau bulan julai,boleh tau bile tarikh?
tqvm
Assalamualaikum…..Saya berminat nak jadi agen hartanah.tapi x tau mcm mana nak start.bila seminar yang akan datang akan diadakan?Kalau boleh buat la di sebelah utara pulak..rasanya banyak peserta yang akan hadir…sila berikan maklum balas secepat mungkin…terima kasih
Assalamualaikum…saya amat berminat dan teruja untuk menyertai seminar hartanah tuan Yus secepat yang mungkin. Harapnya akan ade seminar pd bulan julai. x sabar ni
berminat sekali untuk menyertai..
As-salam brader Yus.. saya juga amat berminat untuk menyertai seminar. bila akan diadakan lagi..? harap dapat update saya.. thanx..
assalamualaikum,saya berminat nak tahu dengan lebih lanjut mengenai bidang hartanah.Harap akan ada seminar pada bulan depan.
assalamualaikum, bila seminar macam nie akan di adakan lagi .saya nak tahu dgn lebih lanjut lagi macam mana nak jadi real estate negotiator nie
salam bro yus…now sy berminat dgn agen hartanah tapi x tau nak mula mcmana..next kursus bila?
Assalamualaikum…..Saya berminat nak jadi agen hartanah.tapi x tau mcm mana nak start.bila seminar yang akan datang diadakan?Kalau boleh sebelum habis hujung tahun ni ke…rasanya banyak peserta yang akan hadir…sila berikan maklum balas secepat mungkin atau tel saya 019-3212146…terima kasih
Emak saya ada sebidang tanah yang mengandungi bijih besi bersetatus hakmilik kekal ,bersebelahan dengan kawasan lombong bijih besi yang sedang diusahakan ,ramai broker-broker haram sedang menawarkan harga yang dibawah nilai tanah yang mengandungi bijih besi ,berapakah nilain sebenar yang boleh saya jual tanah tersebut .Teriam kasih En YUS
{macammana hendak daftar alumni}
Salam,
Saya berminat nak jadi agen hartanah.tapi x tau mcm mana nak start.bila seminar yang akan datang akan diadakan?
helo yus.. saya sorang ejen hartanah.. tpi sales saya x konsistent pd setiap bulan kerana saya masih baru dlm bidang ini..
bagaimana caranya utk take control customer kita dan adakah cara yg lebih baik utk mencari prospek yg berpotensi.
apakah langkah2 yg bijak kta perlu lakukan semasa membuat presentation…? thank you