27 Jun 2010 Tarikh Keramat Bagi SeminarHartanah.Com

Sekali lagi SeminarHartanah.Com berjaya mencuit 21 hati orang peserta untuk menyertai seminar ini. Seperti seminar-seminar yang lalu, kali ini juga SeminarHartanah.Com diadakan di IQ Bestari Learning Centre, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur pada 27 Jun 2010.

Untuk seminar kali ini, peserta dihidangkan dahulu dengan pembakar semangat oleh pengendali dan penceramah tetap SeminarHartanah.Com iaitu En. Yusnizam Yusoff dengan memaparkan kepingan-kepingan gambar kenangan beliau ketika melancong ke luar negara hasil daripada duit menjadi ejen hartanah.

Ada peserta yang terbakar, ada pula yang hanya sekadar panas, ada pula yang suam-suam kuku dan ada pula yang tidak kisah tentang semua itu. Tetapi tidak mengapa. Itu bukan persoalannya. Yang menjadi persoalannya adalah, bagaimana mahu menjadi ejen hartanah dan dapat mengaut keuntungan dengan cepat.

Akan tetapi sebelum itu, saya ingin memperkenalkan terlebih dahulu peserta yang hadir pada seminar kali ini kepada tetamu brokerhartanah.com. Pertamanya ialah Tuan Aditirmizi, Tuan Mohd Azrul, Tuan Hafifi, Tuan Syafiq, Tuan Khairul, Tuan Faizul, Tuan Hasbullah, Tuan Wan Najmuddin, Tuan Rizal, Tuan Norizan, Tuan Nazri, Tuan Affendy, Tuan Shamsul, Tuan Najib, Tuan Suhaidi, Tuan Amin, Saudari Norhana, Saudari Hadijah, Saudari Hamsiah, Saudari Izza Purni dan Saudari Norizah.

Peserta yang hadir ini sangat teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya ejen hartanah ini. Dengan perasaan yang tidak sabar-sabar, mereka menanti satu persatu penerangan yang disampaikan oleh penceramah tetap kita. Dan seperti biasa setiap peserta harus meninggalkan komen mereka tentang seminar ini. Antara komen peserta-peserta kali ini adalah ;

“Satu platform yang baik untuk mereka yang berminat dalam bidang hartanah” – Saudari Hadijah dari Subang Jaya.

“Sangat berinfo dan membantu saya mencipta peluang dalam bidang hartanah. Insyaallah, saya sangat berminat untuk jadi agen hartanah. Terima kasih Yus kerana membuka minda saya untuk satu lagipeluang” – Tuan Rizal dari Seremban, Negeri Sembilan.

“Pendedahan yang bagus. Perlukan lebih masa dan explore untuk proses jual beli bagi clear” – Tuan Syafiq dari Shah Alam

“Seminar yang hebat serta membuka minda untuk kaum kita dan bangsa kita” – Tuan Norizan dari Wangsa Maju

“Seminar yang sangat bermakna bagi mereka yang mempunyai minat tetapi tidak mempunyai pengalaman. Tahniah Yus!” – Tuan Hafifi dari Taman Tun Dr. Ismail.

“Berpuas hati “- Tuan Khairul dari Seri Kembangan, Selangor.

“Banyak info-info yang berguna yang tuan berikan. Terima kasih” – Tuan Hamsiah dari Petaling Jaya.

“Penyampaian yang berkesan. Maklumat yang lengkap dan ringkas”- Tuan Faizul dari Petaling Jaya.

“Kursus ini memberi pendedahan untuk melibatkan diri sebagai ejen hartanah dengan professional. Maklumat yang dikongsikan sangat-sangat bermanfaat untuk digunakan bagi menambahkan sumber pendapatan dan bebaskan masalah kewangan dengan segera” – Saudari Norhana dari Rawang, Selangor.

“Seminar yang sangat bermanfaat” – Tuan Najib dari Johor.

“Banyak informasi yang diberika”. – Saudari Norizah.

“Alhamdullilah, makin clear selepas mengikuti seminar ini. Thanks Yus!” – Tuan Amin

“For me it’s very good speech and easy to understand. I recommend all fresh graduates to go here and think for our own fake. Life is too short so get many education go much as your can!” – Izza Durani dari Kuala Lumpur.

“Bagus, perlu diperluaskan lagi di masa akan datang” – Tuan Nazri dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

“Pertimbangkan seminar untuk hari sabtu. Pantai timur hari ahad cuti ok. Pendedahan yang bagus. Beri info-info percuma/terkini dalam alumni”  - Tuan Effendy dari Dungun, Terengganu.

Begitulah antara komentar-komentar peserta SeminarHartanah.Com kali ini. Kepada mereka yang tidak berpeluang untuk menghadirkan diri dalam seminar kali ini, nanti SeminarHartanah.Com yang seterusnya. Tarikh dan masa serta tempat akan diberitahu kelak. Jadi sering-seringlah berkunjung ke laman ini.

Di bawah adalah gambar kenangan peserta SeminarHartanah.Com 27 Jun 2010.


You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Bestincellphones.com Offers Free CellPhones. | Thanks to iCellPhoneDeals.com Wireless Deals, Find Best CD Rates and Fat Burning Furnace Review