Salam ceria dan salam hormat kepada pembaca-pembaca blog BrokerHartanah.com…
Diharapkan kalian semua sihat-sihat belaka dan dijauhkan dari fitnah dan hasad dengki dari orang luar.
Dimulakan dengan bacaan ’Bismilahirrohmanirrohim’ sebagai pembuka bicara serta pembasah lidah.
Pada 7 Mei yang lalu, sekali lagi SeminarHartanah.com berlangsung di International Youth Centre, Cheras bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 4.00 petang. Sambutan pada kali ini sangat menggalakkan dimana peserta yang mendaftar ialah seramai 71 orang yang datang dari seluruh semenanjung Malaysia seperti Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Melaka dan juga dari sekitar Kuala Lumpur. Kami sungguh teruja dengan sambutan yang diluar jangkaan ini.
Rata-rata peserta yang hadir sangat berpuashati dan terhibur sepanjang program tersebut dijalankan. Suasana pada petang itu bertambah gamat dan ceria semasa sesi bersama alumni SeminarHartanah.com yang diserikan oleh Kak Ummi, Kak Norizah, Puan Rafidah, Bro Syazwan, Abang Zain, Bro Rizan dan Bro Shaiful. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, alumni yang hadir ini telah memulakan langkah pertama mereka sebagai Ejen Hartanah Berdaftar. Peserta-peserta pada kali ini juga sangat ‘humble’ dan ‘sporting’ kerana banyak persoalan yang mereka lontarkan kepada penceramah serta kepada alumni-alumni semasa SeminarHartanah.com berlangsung.
Ini kerana, masing-masing datang dengan membawa azam untuk menimba ilmu, menambah pengetahuan, menambah ‘networking’ serta menjadi ejen perunding hartanah atau broker hartanah yang berjaya pada satu hari nanti. Antara komen-komen yang positif yang boleh saya kongsikan disini ialah:
- Excellent!!! – Tuan Khairul Anuar, Johor Bahru.
- Sungguh berkesan untuk meningkatkan pendapatan saya. – Puan Rohaizawati, Pahang.
- Pengisian jelas dan memuaskan, penyampaian menarik dan memberi kefahaman. – Puan Azimah, Pahang.
- Bagus dan ‘very interesting’. Pengalaman dan tunjuk ajar yang berguna dan penceramah tidak kedekut dalam berkongsi apa jua idea/ilmu. Syabas dan teruskan lagi bengkel seperti ini lagi. – Puan Latifah Effa, Selangor.
- Buatlah seminar untuk Alumni juga. – Tuan Zunaidi, Kuala Lumpur.
- Satu program yang bagus, menerapkan ilmu hartanah. Bagus diteruskan pada masa akan datang. – Tuan M. Kamaruddin, Selangor.
- Dapat menjana idea-idea perniagaan baru, memberi ilham, memotivasikan dan meningkatkan ‘will 2 sucess’ dalam diri. – Puan Siti Marliza, Negeri Sembilan.
- Saya pasti akan berjaya dalam bidang hartanah! – Tuan Mohd Adid, Pahang.
- Penerangan padat dan jelas. Terima kasih. – Puan Ainur Farahin, Selangor.
- Saya berbangga dengan seminar ini dan saya insyaallah akan melakukan. – Puan Norhaliza, Selangor.
- Nanti balik nak daftar dengan Agency berdaftar kat Terengganu. – Tuan Az-Zakwanul, Terengganu.
- Bagus, amat membantu dalam jual beli hartanah dalam prospek keuntungan jangka panjang. – Tuan Mohd Fauzei, Selangor.
- Bagus! Input yang baik, cuma persembahan agak perlahan dipermulaan. Tambahkan input supaya tidak mendatar dan terlalu umum. – Tuan Mohamad Rafi, Selangor.
- Sangat memuaskan sekali pengetahuan mengenai hartanah. Sekiranya ada lagi seminar atau training mengenai hartanah, minta pihak tuan memberi maklumat kepada saya. – Tuan Mashaidil Hakim, Selangor.
- Good info! – Tuan Abdul Mutalib, Pahang.
- Bagus dan ok. – Tuan Md Yusoh, Selangor.
- Banyakkan lagi info berkaitan agen/ perunding hartanah. – Tuan Mohd Fadzil, Selangor.
- Memberi banyak manfaat dan membuka ruang litup pemikiran dalam bidang hartanah. Dapat mengetahui lebih banyak peluang dan ruang dalam bidang hartanah yang diceburi terutama dikalangan bangsa asing. Semoga Allah merahmati dan memberkati segala usaha yang dilakukan. Amin. – Puan Zalina, Selangor.
- Tahniah. Insyaallah jumpa lagi. – Tuan Ahmad Fadhil, Pahang.
- Kursus yang hebat. Terima kasih atas peluang yang diberikan. -Puan Irma Naim, Pahang.
- Pada pendapat saya, seminar ini sangat bagus dan patut diteruskan lagi. Banyak info dan maklumat berhubung bidang hartanah. sekiranya ada seminar sebegini mohon email atau hubungi saya. – Puan Wan Anisah, Kuala Lumpur.
- Amat berinformasi dan padat ilmunya. -Puan Norlida, selangor.
- Ilmu dicurahkan amat bermanfaat. Semoga dapat meningkatkan pendapatan semua peserta kursus. – Tuan Ahmad Azam, Selangor.
- Assalamualaikum Yus, terima kasih kerana banyak memberi info tentang hartanah. – Puan Salmiah, Selangor.
- Satu seminar yang baik yang saya tunggu-tunggu. Moga kita sama-sama mendapat berkat Allah. – Tuan mohd Jamil, Kuala Lumpur.
- Memuaskan. – Tuan Muhammad Syahrie, Selangor.
- Banyak information tentang hartanah yang telah dikongsikan bersama. – Puan Noraishah, Selangor.
- Khusus dapat serba sedikit membantu saya mengenai jual beli hartanah. – Tuan Haris, Pahang.
- Tahniah. – Tuan Mohd Azami, Johor.
- Dapat apa saya mahu tahu/info. – Tuan Rosli, Kuala Lumpur.
- Alhamdulliah saya puashati, terima kasih seminar hari ini. Saya berminat dalam bidang hartanah dan berminat jadi konsultan hartanah. – Tuan Noordin, johor.
- Seminar ini sangat bagus dan berguna. Perlu diperbanyakkan lagi minggu-minggu seminar sebegini. seminar ini juga banyak membantu orang-orang melayu yang hendak maju. – Tuan Arman, Kuala Lumpur.
- Sangat bagus. Tahniah. – Tuan Mohd Ghazali, Selangor.
- Ok. -Tuan Ahmad Nizam, Kuala Lumpur.
- Thank for seminar hartanah sebab dapat berkongsi ilmu bersama saya. – Tuan Tarmizi, Johor.
- Aircond sejuk sangat. Tiada meja, susah nak menulis. Material dan presentation ok. -Tuan Mohd Fadzli, Kuala Lumpur.
- Banyak knowledge yang dapat today. Good luck. Good job. good explanation. Good ex-revealed. Question answered. Tuan Khairul Nizam, Negeri Sembilan.
- Menarik pengisian dan diharapkan perbanyakkan seminar bagi meningkatkan prestasi. Bila seminar hartanah akan diadakan di Johor Bahru. -Puan Noraini, Johor.
- Dapat info dan pengetahuan baru. -Puan Wanie
- Sangat menarik dan dapat minda tentang hartanah. -Tuan Mohd Nazri, Putrajaya.
- Good. – Tuan Mohd Fadhil, Putrajaya.
- Good. -Tuan Amad Fusyairi.
- Terima kasih atas penganjuran seminar yang bermanfaat untuk diri sendiri dan networking serta input yang diberikan amat bermanfaat cuma bagi saya tempat berlangsungnya seminar ini kurang selesa dan mungkin saya akan memohon ‘personal coaching’ bersama En Yus. – Tuan Muhamad Fariq, Negeri Sembilan.
- Seminar yang bagus untuk dikongsi. Banyak ilmu dan manfaat yang diperolehi. -Tuan Ishak, Terengganu.
- Bagus. boleh diteruskan usaha yang murni ini. – Puan Yong Salmah, Perak.
- Best giler, full knowledge, mesra alam. Hope boleh long term dalam industri ini. Keep good job, bantu orang melayu. – Tuan Mohd Johari, Selangor.
- Bagus. -Tuan Muahammad Kamal, Selangor.
- Simple, ringkas tetapi masih tidak lengkap, perlu tengok pada harga-harga atau jenis-jenis rumah. – Tuan Nik Fadlullah, Pahang.
- Banyakkan lagi input tentang hartanah dan tidak semestinya mengenai rumah kerana ada juga yang lebih beri tumpuan pada penjualan tanah. Thanks a lot bro. – Tuan Mahathir, Johor.
- Need a mineral water for this seminar. Simple seminar. Strong aircond. provide breakfast before start the seminar. I can be a good agent ‘soon’. Insyaallah. – Puan Nurul Fatihah, Kuala Lumpur.
- Introduction panjang sangat, kalau dipendekkan lagi menarik. Session pagi- little bit slow. Session petang- terlaju sangat. (nak tanya banyak soalan tapi tak berpeluang). – Puan Nor Afizah, Selangor.
- Semasa pendaftaran, perlu memberi fail dan makanan dan minuman. Bukan diambil sendiri oleh peserta kursus. Waktu rehat perlu diberi dalam masa 1 jam. Perlu disediakan meja untuk menulis. -Puan Rozita, Kuala Lumpur.
- Tiada komen. -Tuan Zamizo, Selangor.
- Tiada komen. -Tuan Fazrie, selangor.
- Tiada komen. -Puan Siti Ruhaida, Kuala Lumpur.
- Tiada komen. -Tuan Mohd Faisal, Selangor.
- Tiada komen. -Tuan Mohd Farid, Melaka.
Diharapkan semua peserta berpuashati dengan maklumat dan ilmu yang disampaikan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah Taala dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.
Semoga berjaya dan sukses!
Salam Ikhlas dari;
:: Team SeminarHartanah.Com ::
www.SeminarHartanah.com
• p/s : Peserta-peserta diingatkan supaya mendaftarkan diri sebagai alumni SeminarHartanah.Com seperti yang telah diberitahu.
• p/p/s : Post ini boleh dikongsikan di laman sosial Facebook, Blog dan juga Forum dengan syarat tidak mengubah apa-apa isi kandungan yang terdapat di dalamnya.


May 9th, 2011
admin 
Posted in
Tags: 



Saya kurang pengetahuan mengenai hal hartanah. Dengan menngunakan search engine google saya telah dibawa kelaman web ini yang mana ianya banyak maklumat yang saya perlukan. sekian,terima kasih.