Salam sejahtera….
Salam 1 Malaysia….
Buat kali kedua pada tahun 2011, International Youth Center (IYC) yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur menjadi lokasi pilihan Team SeminarHartanah.Com untuk mengungguli SeminarHartanah.Com. Seminar ini diadakan pada tarikh 5 Mac 2011. Bermula dari jam 9.30 pagi hingga jam 4 petang. Seramai 44 orang peserta telah hadir untuk mejayakan SeminarHartanah.Com ini, dimana masing-masing dari seluruh Malaysia. Ada yang datang dari Temerloh, Melaka, Kedah, Selangor, Kelantan, Kuala Lumpur dan lain-lain.
Segulung tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Saudari Adzura Binti Mohd Zamedin, Saudari Aini Murni Binti Abd Hamid, Saudara Azhar Ahzam Bin Ismail, Saudara Dzulkiflee Noor Bin Abdul Latib, Saudara Edde Kamaruzaman, Saudari Hajah Hairulniza Bte Amir Hamzah, Saudara Hasrul Nizar Bin Abdullah, Saudara Khairil Azhar Bin Saharudin, Saudara Khairul Affendi Bin Ab Jalil, Saudara Khairul Razmi Bin Mohd Razlan, Saudari Mastura Binti A Manap, Saudara Mat Halim Bin Mohd Othman, Saudara Mohammed Haniff Bin Baharis, Saudara Mohd Faizal Bin Basri, Saudara Mohd Khairul Nidzam Bin Kamaludin, Saudara Mohd Nizam Bin Nazri, Saudara Mohd Nizam Bin Nazihar, Saudara Mohd Razali Bin Nordin, Saudara Mohd Salleh Bin Mustafa, Saudara Mohd Saril Bin Hassan, Saudara Mohd Shafrizal Bin Shafiee, Saudara Mohd Shaiful Bin Husin, Saudara Mohd Zaidi Bin Zuraini, Saudara Mohd Zamri Bin Nordin, Saudara Nik Hafidizi Bin Nik Muhammad, Saudara Noradli Bin Mohd Fadil, Saudari Norazlini Binti Mas’od, Saudari Rabiatul Salwa Binti Tarmizi, Saudara RaoSharimi Bin Abdul Rahman, Saudara Rosdi Bin Idris, Saudari Sakinah Binti Idris, Saudara Yusri Bin Samsudin, Saudari Nur Farahshafinas Binti Ahmad Saufi, Saudari Faezah Abu, Saudara Firullah Bin Zulkifli, Saudara Azman Bin Alias, Saudara Mohd Faizal Zulkarnain, SaudaraHasbullah Yunus, Saudari Normala Ghazali, Saudari Habibah Muharam, Saudari Alfaiza Abdullah, Saudara Mohd Taufiq, Saudara Muhammad Syukor di atas komitmen dan pengorbanan yang telah anda berikan amatlah dihargai.
Walau bagaimanapun, peserta kali ini lebih banyak bertanya. Ini mungkin kerana mereka lebih teruja semasa sesi bersama Dr. Shah Razali sepanjang perbincangan berlangsung. Tamatnya sesi SeminarHartanah.Com, ramai peserta yang datang secara individu berjumpa dengan Yus 1Hartanah.Com untuk bertanyakan soalan dan juga pendapat walaupun segelintir peserta sudah pulang.
Sepanjang seminar berlangsung, Yus 1Hartanah.com selaku penceramah tetap telah kongsikan segala info yang penting sebagai cara untuk menjadi Ejen Hartanah yang Profesional, skop kerja utama sebagai perunding hartanah berdaftar, cara untuk mendapatkan lesen bagi memulakan bisnes ejensi hartanah, cara mendapatkan listing, marketing dan beberapa modul yang ada dinyatakan di web SeminarHartanah.Com.
Beliau juga telah kongsikan tentang Property Management dan ramai peserta yang sungguh teruja dengan ‘Idea’ yang beliau telah bentangkan. Ianya bukan sekadar idea semata-mata tetapi idea yang telah beliau sendiri praktikkan sepanjang kerjaya beliau. Ada 2 contoh ‘Property Management’ yang setiap satunya telah memberikan pulangan ROI (Return On Investment) 50% dan lebih.
Selain itu, slot bersama alumni SeminarHartanah.Com yang sudah berjaya turut menghangatkan suasana. Kak Umi dan Kak Rafidah Moin turut berkongsi pengalaman mereka sepanjang menceburi bidang hartanah. Kebanyakan peserta amat berpuas hati dengan apa yang dikongsikan. Semoga ianya menjadi pendorong kepada lebih ramai orang untuk menyertai industri jutawan hartanah ini.
Yus 1Hartanah.Com amat berpuas hati setelah berkongsi segala rahsia hartanah yang mungkin belum ramai orang mengetahuinya. Beliau turut berasa bangga setelah beliau berjumpa peserta yang hadir kebanyakan daripada mereka yang mempunyai ciri-ciri ‘Business Minded’.
Tahniah diucapkan.
Selamat maju jaya kepada semua!
Disini saya sertakan pandangan peserta SeminarHartanah.Com
-
“Sangat bagus. Dasyat. Penuh dengan informasi & tidak menipu” oleh saudara Yusri Bin Samsudin dari Meru,Klang.
-
“Seminar yang cukup memberi maklumat dan ilmu asas memulakan langkah sebagai ejen hartanah. Terbuka peluang sebagai pelabur” oleh saudara Hasbullah Yunus dari Bukit Mertajam.
-
“Sangat bermanfaat dan membuka peluang kepada saya untuk menceburi bidang hartanah ini. Terima kasih banyak-banyak. Allah jua yang membalasnya” oleh saudari Normala Bt Ghazali dari Bukit Mertajam.
-
“Amat bagus untuk membina networking” oleh saudari Sakinah Idris.
-
Tiada komen dari oleh saudara Mohd Nizam B Nazri dari Semenyih.
-
“Seminar secara keseluruhan ok, tetapi memerlukan penambahbaikan. Kebanyakan yang hadir tidak mengetahui perbezaan antara ejen, agensi dan lembaga. Basic understanding to become as agent is main idea to discuss first and good luck” oleh saudara Mohd Zaidi Bin Zuraini dari Kajang.
-
“Seminar yang amat bagus dan menarik. Dapat pelbagai ilmu tentang hartanah. Syabas” oleh saudara Mohd Salleh Mustafa dari Petaling Jaya.
-
“Confuse at first. Intro too long. Testimonies are good” oleh saudari Alfaiza dari Bandar Puchong.
-
‘Banyak info berguna. Harap dapat lebih info akan datang. Amat berpuas hati. Sekian terima kasih” oleh saudara Mohd Haniff Bin Baharis dari Nilai.
-
“Masa terlalu singkat. Kalau boleh kursus dibuat dalam 2 hari” oleh saudara Mohd Nizam B Nazihar dari Gombak.
-
“Pendedahan yang baik tentang ejen hartanah. Masa yng diperuntukan agak terhad. Perlu jemput ramai alumni untuk berikan penerangan tentang pengalaman mereka” oleh saudara Mohd Faisal Bin Basri dari Sri Kembangan.
-
Seminar ini membuka minda semua untuk menjadi agen hartanah serta mencari duit poket lebih lagi” oleh saudara Khairul Affendi B Ab Jalil dari Petaling Jaya.
-
“Satu seminar yang informatif” oleh saudara Azhar Ahzam Ismail.
-
“Seminar jelas tapi terlalu padat. Perlu masa lebih lama. Kalu boleh adakan kerusi bermeja” oleh saudara Khairil Azhar Bin Saharudin dari Shah Alam.
-
“Overall, content seminar OK. Just not enoughtime to ask. Propose to have 2 days seminar to gain more knowledge on property seminar” oleh saudari Rabiyatul Salwa Binti Tarmizi dari Puchong.
-
“Input banyak, cuma masa agak pack. Boleh dijadikan sebagai asas untuk memulakan kerjaya dalam bidang ini” oleh saudara Edde b Kamaruzaman dari Wangsa maju.
-
Tiada komen oleh saudara Noradli Mohd Fadil dari Putrajaya.
-
Tiada komen oleh saudara Mohd Shaiful Bin Husin dari Kajang.
-
“Membuka mata saya di dalam industri hartanah yang boleh memberi pulangan yang lumayan” oleh saudara Mohd Shafrizal B Safiee dari Klang.
-
“Penerangan jelas dan nyata” oleh saudara Firullah Bin Zulkifli dari Putrajaya.
-
“Terdapat ruang untuk memperbaiki lagi mutu dan susunan persembahan. Bagaimanapun saya rasa seminar seperti ini perlu dipergiatkan lagi bagi membuka mata bumiputera untuk terlibat dalam bidang ini” oleh saudara Zainul Ariffin B Zaidan dari Kajang.
-
“Info yang cukup baik, harapan supaya dapat terus berhubung, doakan kejayaan kita bersama” oleh saudara Mohd Khairul Nizam Bin Kamaludin.
-
“Seminar yang bagus untuk pendedahan awal. Tetapi penyampaian isi seminar perlu lebih sistematik, strategik dan sharp to the point” oleh saudari Aini Murni Binti Abd Hamid dari Shah Alam.
-
“Menarik tapi macam kelam kabut sedikit. Harap sediakan aturcara program dan follow agar objektif lebih tercapai. Semoga sukses dimasa akan datang” oleh saudara Mohd zamri Nordin dari Petaling Jaya.
-
“Seminar ini berkesan kepada bakal yang akan menjadi ejen kerana maklumat serta info yang disampaikan jelas dan manfaat kepada peserta” oleh saudara Mohd Faizal B Zulkarnain dari Segambut.
-
“Penyampaian yang jelas dan baik. Segala maklumat berkenaan bidang dapat difahami. Teruskan usaha membina komuniti dalam bidang ini” oleh saudara Khairul Razmi B Mohd Razlan dari Rawang.
Terima kasih kepada yang sudi memberi sebarang pandangan dan pendapat serta jutaan terima kasih juga dihulurkan kepada para peserta yang sudi hadir ke SeminarHartanah.Com ini. Segala cadangan dan pendapat tuan/puan amatlah kami hargai. Terima kasih sekali lagi diharapkan setiap perkongsian dapat dimanfaatkan bersama sahabat handai, sanak-saudara dan pada semuanya. Diharapkan juga ikatan yang terbina ini akan terus berkekalan hendaknya.
Amin….
Sebelum berundur Team SeminarHartanah.com ingin memohon kemaafan atas kesilapan yang berlaku sepanjang hari tersebut.
Salam Ikhlas dari;
:: Team SeminarHartanah.Com ::
www.SeminarHartanah.com
• p/s : Peserta-peserta diingatkan supaya mendaftarkan diri sebagai alumni SeminarHartanah.Com seperti yang telah diberitahu.
• p/p/s : Post ini boleh dikongsikan di laman sosial Facebook, Blog dan juga Forum dengan syarat tidak mengubah apa-apa isi kandungan yang terdapat di dalamnya.


March 10th, 2011
admin 
Posted in
Tags: 



pergh~!!!! ramai nye peserta.. tahniah yus..
Terima kasih En hakim,,:)
Salam,
berapakah yuran untuk menyertai bengkel ini, tq.
Assalamualaikum admin..
sy berminat dlm side income yg melibatkn tentang hartanah ni..
dan ingin tahu lebih banyak lagi hal tentang bidang hartanah ni..
tp sy masih seorg pelajar di univerisiti..
adakah masih terlalu awl untuk menceburi bidang ini..
dan adakah sy layak jika sy berminat utk menghadiri seminar ini?
Waalaikumussalam.
Bermula lebih awal adalah satu langkah yang terbaik. Dan perkara awal untuk bermula adalah dengan ILMU. Saudara tidak salah langkah, malah berpotensi untuk pergi lebih jauh untuk masa hadapan. Dan tiada halangan untuk hadiri seminar, yang penting selepas SPM. Semoga saudara teruskan usaha baik ini.