Buat pertama kalinya pihak kami telah menerima seramai 26 orang peserta SeminarHartanah.Com dan 24 orang yang berkesempatan hadir memenuhi dewan IQ Bestari Learning Centre yang terletak di Bandar Tasik Selatan, Cheras, Kuala Lumpur pada 25 Julai 2010.
Sungguhpun kuota seminar telah dihadkan kepada 20 orang sahaja namun, pendaftaran yang di luar jangkaan dan disebabkan ini adalah seminar yang terakhir sebelum umat Islam menyambut kedatangan Ramadhan menyebabkan pihak kami telah menerima kesemua pendaftaran sebelum tarikh seminar dijalankan.
Kali ini, rata-ratanya peserta datang dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Hanya seorang dari Johor dan dua lagi dari Ipoh, Perak. Setinggi-tinggi penghargaan dari pihak kami buat peserta yang sudi meluangkan masa mengikuti seminar ini.
Antara nama peserta yang hadir adalah Tuan Rahman, Tuan Sharizal, Tuan Azman, Tuan Azmi, Tuan Isnin, Tuan Mahamud, Tuan Razis, Tuan Aminudin, Tuan Azmil, Tuan Hasiff, Tuan Zul, Tuan Hafiz, Tuan Hafize, Tuan Zuhri, Tuan Syazwan, Tuan Zulhilmi, Saudari Asfahani, Saudari Wan Rosida, Saudari Maimon, Saudari Noorhaslenda, Saudari Asykin, Saudari Nurul, Saudari Akhmar dan Saudari Rafidah. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara dan saudari yang sudi hadir.
Bezanya seminar kali ini adalah majlis dimulakan dengan pembukaan yang menarik. Encik Yusnizam Yusoff a.ka. Yus 1Hartanah.Com cuba menarik perhatian peserta dengan menceritakan serba sedikit latar belakang beliau dan langkah pertama beliau sebagai salah seorang anak bumiputera yang berjaya dalam industri ejen hartanah di Malaysia. Encik Yusnizam Yusoff a.ka. Yus 1Haratanah.Com juga telah berpengalaman melatih ejen-ejen baru untuk menceburi bidang hartanah ini.
Pada peringkat pengenalan, seminar agak meriah apabila peserta sudi bercerita dan berkongsi tentang pengalaman mereka seperti Saudari Rafidah dan Maimon dalam industri hartanah ini.
Beberapa cadangan yang diusulkan oleh peserta berkaitan dengan masa dan tempat akan kami pertimbangkan. Insya-Allah setiap kelemahan akan kami perbaiki dari semasa ke semasa untuk seminar pada masa akan datang. Antara komen peserta SeminarHartanah.Com pada 25 Julai 2010 adalah;
1) “Sangat baik untuk semua” – Tuan Azmi dari Batu Caves.
2) “Banyak info yang dikongsi termasuk buat duit dengan penyewaan” – Saudari Akhmar dari Cheras.
3) “Seminar ini banyak memberi saya info tentang hartanah. Saya harap kita dapat berhubung lagi” – Tuan Zul dari Seremban.
4) “Excellent! Boleh menjana pendapatan yang lumayan” – Tuan Aminudin dari Sri Kembangan.
5) “Dapat menambahkan ilmu yang berguna untuk mengubah masa depan saya supaya menjadi seorang jutawan hartanah yang berjaya, insya-Allah…” – Saudari Nurulhidayati dari Dengkil.
6) “Sangat informatif. Terima kasih!” – Saudari Maimon dari Kuala Langat.
7) “Banyak info yang menarik. Sharing yang baik dan mudah-mudahan dapat diterapkan dalam membina kerjaya ejen hartanah pada masa akan datang” – Saudari Asykin dari Seri Kembangan.
8 ) “Padat dan menarik. Walaupun masa yang diperuntukkan adalah terhad tetapi penyampaian yang jelas dan mudah difahami sangat membantu saya” – Tuan Razis dari Seremban.
9) “Sangat berguna dan ilmu bertambah. Mentor dan sistem yang hebat. Saya harap dengan dengan ilmu yang dipelajari hari ini, saya akan menjadi seorang ejen hartanah yang kaya dan berjaya. Saya juga berminat untuk menjadi ejen di Rescom. Tq, Yus!” – Tuan Hasiff dari Bandar Baru Bangi.
10) “Menarik!” – Tuan Isnin dari Taman Beringin Kuala Lumpur.
11) “Terima kasih kerana beri ilmu yang berguna” – Tuan Mahamud dari Ipoh, Perak.
12) “Saya amat berpuas hati dengan seminar ini” – Tuan Hafize dari Shah Alam.
13) “Bagus! Semoga semua peserta berjaya dalam bidang hartanah ini” – Tuan Zuhri dari Petaling Jaya.
14) “Kursus / seminar yang baik bagi manfaat pada saya. Insya-Allah ilmu yang dicurahkan akan saya aplikasikannya” – Saudari Noorhaslenda dari Kampung Baru, Kuala Lumpur.
15) “Saya berpuas hati dengan seminar hari ini dan saya akan terus berhubung dengan En. Yus dari semasa ke semasa untuk mengetahui selok-belok kerjaya ejen hartanah ini dengan lebih mendalam” – Tuan Hafiz dari Petaling Jaya.
16) “Bagus! Dapat banyak tips dan juga info” – Tuan Zulhilmi dari Bandar Baru Bangi.
17) “Seminar ok, mudah difahami kerana penjelasan yang jelas” – Saudari Asfahani dari Bandar Baru Bangi.
18) “Sangat baik. Pendedahan yang begitu mendalam” – Tuan Syazwan dari Bangi.
19) “Kursus / seminar ini banyak memberi maklumat pada saya” – Tuan Rahman dari Kajang.
20) “Banyak perkara dan persoalan yang perlu dibincang dan dikongsikan. Pengisiannya pula, padat dan saya berpuas hati. Cadangan saya untuk masa hadapan, agar seminar ini dapat dibuat selama satu hari” – Saudari Rafidah dari Seremban.
21) “Seminar yang bagus!” – Tuan Sharizal dari Sepang.
Terima kasih daun keladi kami ucapkan kepada peserta yang sudi hadir sekaligus dapat memberi komentar serta cadangan-cadangan yang bernas untuk pembaikpulihan SeminarHartanah.Com. Tidak lupa setiap kali seminar berlangsung, diakhirnya pihak kami akan merakamkan gambar kenangan bersama peserta.
- Dari Arah Hadapan – Tekun Mendengar
- Dari Arah Belakang Dewan – Peserta Khusyuk Mendengar
- Penerangan Dilanjutkan
- Masih Mampu Tersenyum
- Kenangan Bersama
- SeminarHartanah.Com Memang BEST..!!!


July 27th, 2010
admin 





Posted in
Tags: 


