Pada 28 Mac 2010 SeminarHartanah.Com telah diadakan di IQ Bestari Learning Centre, Bandar Tasik Selatan. Seramai 15 orang peserta yang hadir untuk menyertai seminar ini. Ada peserta yang hadir dari Perak, Johor Bahru, Putrajaya, Selangor dan juga Kuala Lumpur. Jauh bukanlah penghalang bagi seseorang untuk menyertai seminar ini kerana ilmu yang disampaikan amatlah bermakna dan berguna pada hari ini ataupun di masa akan datang nanti. Jadi tumpuan yang sepenuhnya amatlah diperlukan bagi memastikan semua peserta yang hadir berpuas hati dengan maklumat yang disampaikan.
Tahniah dan jutaan terima kasih kepada En. Khalil (Kajang), En. Farid (Kelana Jaya), En. Zawawi (Johor Bahru), Puan Ros (Johor Bahru), En. Azuan (Selangor), En. Hairol (Putrajaya), Puan Hasnee (Ampang), Cik Nor Amiza (Damansara Perdana), En. Fauzi (Selangor), En. Zamharizad (Selangor), En. Razali (Kuala Lumpur), En. Ismail (Putrajaya), En. Shairul Idris (Perak), En. Nakhaie (Klang) dan juga En. Irwan Dahnil di atas komitmen dan pengorbanan yang telah anda berikan dan amatlah dihargai.
Sehubungan dengan itu, semua peserta berpuas hati dengan seminar pada kali ini. Ini kerana, pada akhir seminar tersebut ramai peserta yang bertanyakan pelbagai soalan kepada saya tentang bidang hartanah. Kelihatannya, ramai peserta berminat untuk menyertai ejen hartanah yang berdaftar, ” tepuk dada tanya selera”.
Antara komen-komen peserta yang menyertai SeminarHartanah.Com :
“Seminar ini membuka mata tentang peluang dalam bidang hartanah. Memberikan pendedahan yang berguna terutama proses-proses dan prosedur dalam jual-beli rumah. Memberi pengetahuan lanjut tentang menjadi ejen hartanah berdaftar”- En. Hairol Pa Ize.
“Pendedahan yang jelas dalam bidang hartanah. Harap dapat buat lagi”- En. Zamharizad.
“Dapat memberi banyak ilmu pengetahuan dan pemahaman bagi menjadi ejen”- Pn. Ros.
“Bagus, banyak ilmu baru yang saya belajar sebab saya kosong tentang kerjaya hartanah ini. Terima kasih. Membuka minda saya tentang dunia hartanah. Semoga dapat melahirkan lebih ramai ejen bumiputera”- En. M. Azuan.
“Pengisian yang ringkas dan padat, sangat berkesan kepada sesiapa yang mahu menceburi dalam bidang hartanah” – En. Nakhaie.
“Seminar yang sangat berguna untuk mendapatkan maklumat asas tentang bidang hartanah” – Cik Hasnee Hana.
“Berinformasi. Amat berminat untuk menceburi bidang ini”– En. Shahrul Idrus.
“Modul dan penyampaian yang baik” – En. Zawawi.
“Informatif!” – En. Irwan.
“Dari 10 saya bagi 6. Mungkin ini adalah permulaan bagi saya akan mencari seminar-seminar lagi berkenaan property selepas ini. Terima kasih Yus” – En. Ismail.
“Dah tahu cara bermula. Dapat idea baru. Lebih faham prosedur” – En. Khalil
“Ok. Memuaskan” – En. Fauzi
“Sangat informatif.” – En. Farid
“No komen”. – En. Razali.
“No komen”. – Cik Nor Amiza
Walau bagaimanapun, diharapkan semua peserta yang hadir semalam akan memulakan langkah yang berani untuk mencipta nama di bidang hartanah selain membuat pendapatan yang lumayan suatu masa nanti. Selamat maju jaya.
p/s: Sebarang komen boleh tinggalkan diruangan bawah blog ini. Terima kasih.



March 31st, 2010
admin
Posted in
Tags: 



saya peserta seminar 28 mac, saya nak sewakan rumah sendiri. tapi tiada agreement rumah. boleh kah en. yus berikan saya sample agreement rumah.
Boleh emelkan ‘request’ tersebut di admin@seminarhartanah.com
Terima kasih.