Selamat Datang ke BrokerHartanah.Com!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya amat bersyukur kerana akhirnya impian saya untuk berkongsi maklumat, panduan, pengalaman berkenaan ilmu hartanah telah terlaksana dengan wujudnya blog ini.

InsyaAllah saya akan kongsikan dari masa ke semasa segala info, panduan, teknik, rahsia yang boleh digunapakai dalam industri hartanah. Saya percaya bahawa ramai orang diluar sana yang perlukan info berkenaan industri hartanah ini.

Dengan sokongan para pembaca sekalian, maka saya akan jadikan medium BrokerHartanah.Com sebagai satu tapak PANDUAN HARTANAH secara percuma.

Dengan wujudnya blog informasi percuma tentang industri hartanah di Malaysia ini adalah kesinambungan daripada beberapa website saya. Saya mempunyai misi untuk memberitahu & membantu ramai orang diluar sana yang ingin mengetahui berita dan maklumat terkini berkenaan hartanah. SeminarHartanah.Com dan 1Hartanah.Com adalah dua website saya yang telah menjayakan misi ini dan memberikan kemudahan untuk anda mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan industri Multi Billionaire ini.

SeminarHartanah.Com membongkar rahsia peluang kerjaya sebagai Perunding Hartanah yang Berdaftar. Sesiapa sahaja layak menjadi ‘Real Estate Negotiator’ tanpa perlu ada sijil/ijazah dalam bidang hartanah.

1Hartanah.Com membantu anda untuk menjual hartanah/property anda. Jika anda mempunyai hartanah untuk dijual atau disewa, website tersebut sangat ‘powerfull’ untuk membantu anda menjualnya. Rumah, kedai, tanah, perniagaan boleh diiklankan disana. Ianya Percuma! Ya Percuma!

Jika anda mempunyai perancangan untuk menjual hartanah/property, di 1Hartanah.Com juga boleh membantu anda untuk semak harga semasa pasaran hartanah (Check Market Value) dan saya akan berikan ‘advice’ yang terbaik buat anda.

Kepada bakal pembeli pula, anda boleh membuat pilihan terbaik hartanah idaman anda (hanya ‘sub sale’ sahaja) di 1Hartanah.Com. Setiap hartanah yang di letakkan di 1Hartanah.Com memaparkan detail dan gambar sebenar hartanah yang hendak dijual/disewa. Ini memudahkan anda untuk membuat penilaian & pemilihan.

Semoga dengan adanya sumber maklumat percuma ini dapat membantu anda. Ingat kawan-kawan, industri hartanah adalah industri ‘Multi Billionaire’ di dunia. Ramai Jutawan Dunia lahir daripada bidang Hartanah.

Salam Usahawan Hartanah,

Mr Yus, 1Hartanah.Com

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Bestincellphones.com Offers Free CellPhones. | Thanks to iCellPhoneDeals.com Wireless Deals, Find Best CD Rates and Fat Burning Furnace Review