Salam ceria kepada semua pembaca-pembaca 1Malaysia.
Diharapkan anda semua sentiasa sihat walafiat disamping orang yang tersayang. Yang mana tidak sihat, cepat-cepatlah ke klinik dan makan ubat.
Bagaimana pun tahap kesihatan anda sekarang, kami hanya mendoakan yang baik-baik sahaja dan semoga anda semua cepat sembuh.
Berbalik kepada topik asal kita di sini, setelah sekian lama mendiamkan diri, kami di Team SeminarHartanah.com kembali semula menggegarkan International Youth Centre (IYC), Kuala Lumpur. Pasti sebelum ini ramai yang tertunggu-tunggu bilakah SeminarHartanah.com ini bakal dilangsungkan lagi?
Ya, kali ini Team SeminarHartanah.com telah memilih tarikh pada 7 Mei (Sabtu) ini untuk mengadakan SeminarHartanah.com. Masa bermula dari 9.30 pagi sehingga 4.00 petang (waktu Malaysia ye). Apapun kepada semua pembaca diluar sana yang ingin mengetahui lebih lanjut bidang hartanah, yang kurang tahu tentang dunia hartanah, yang tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah, yang kurang tahu bagaimana prosedur untuk jual beli rumah atau hartanah dan yang paling penting sekali bagi mereka-mereka yang ZERO tentang hartanah, apa kata anda sertai kami di SeminarHartanah.com ini. Kenapa anda perlu ke SeminarHartanah.com ini?
Apa kata beliau? Unik dan menarik?
Antara yang telah memulakan langkah dan yang telah berjaya dengan seminar ini:-
Jadi, apa yang nak ditunggu? Jom sertai kami dan di SeminarHartanah.com.
*Untuk membuat pendaftaran sila ke SeminarHartanah.com (klik pada butang TEMPAHAN dibawah sekali)
Jumpa di sana ya!!


April 5th, 2011
admin 
Posted in
Tags: 



Assalamualaikum
Saya Harith, bekerja di Roslina & Associates sebagai kerani biasa. Saya ingin menambah pendapatan sampingan dengan cuba menceburi bidang hartanah. Kebetulan saya bekerja di pejabat guaman terletak di Subang Jaya. Jadi timbul minat untuk mengetahui selok belok untuk menjadi seorang ajen hartanah.
Saya ingin menghadiri seminar yang bakal diadakan oleh pihak tuan nanti.Insyaallah.
Mohon maklumbalas & tunjuk ajar dari tuan yang bijaksana.
Terima kasih.
Waalaikumussalam. Ya satu kelebihan apabila berkerja dengan syarikat guaman. Jadi cepat rebut peluang yang terhidang ini. Kita boleh jumpa di seminar seterusnya pada 11 Jun 2011 nanti.
Semoga tuan terus sukses!