Buat kali keempat pada tahun 2010 IQ Bestari Learning Centre yang terletak di Bandar Tasik Selatan menjadi lokasi pilihan untuk berlangsungnya SeminarHartanah.Com. Seminar ini diadakan pada tarikh 25 April 2010 yang telah memakan masa selama 3 jam setengah. Bermula dari jam 9.30 pagi hingga jam 1 petang. Seramai 14 orang peserta yang hadir ke SeminarHartanah.Com ini masing-masing dari seluruh negara. Ada yang datang dari Johor, Melaka, Putrajaya, Selangor, Perak, Sepang dan Kuala Lumpur. Dan paling tak disangka ada seorang yang hadir daripada Kota Kinabalu, Sabah. Difahamkan tiket penerbangan dan hotel lebih mahal daripada yuran ke SeminarHartanah.Com. Saya cukup terharu dengan komitmen yang diberikan.
Segulung tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Saudara Lukman (Kota Kinabalu), Saudara Jafri (Sungai Siput Ipoh), Saudara Omar Faruq (Melaka), Saudara Salehhudin (Sepang), Saudara Jefri (Johor), Saudara Jumaat (Johor), Saudara Rahim (Putrajaya), Saudara Fahmi (Johor), Saudara Sahannim (Selangor), Saudari Rusni (Kuala Lumpur), Saudari Diana (Kuala Lumpur), Saudari Nor Hazlin (Putrajaya), Saudari Qashryn (KL) di atas komitmen dan pengorbanan yang telah anda berikan amatlah dihargai.
Walau bagaimanapun, peserta kali ini lebih banyak mendengar daripada bertanya. Ini mungkin kerana mereka lebih menumpukan sepenuh perhatian semasa perbincangan berlangsung. Tamatnya sesi SeminarHartanah.Com, ramai peserta yang datang secara individu berjumpa dengan saya untuk bertanyakan soalan dan juga pendapat. Rupa-rupanya mereka semua pemalu-pemalu belaka. Hehehehehe….
Saya telah kongsikan segala info yang penting sebagai cara untuk menjadi Ejen Hartanah yang Profesional, skop kerja utama sebagai perunding hartanah berdaftar, cara untuk mendapatkan lesen bagi memulakan bisnes ejensi hartanah, cara mendapatkan listing, marketing dan beberapa modul yang ada dinyatakan di web SeminarHartanah.Com. Saya juga telah kongsikan tentang Property Management dan ramai peserta yang sungguh teruja dengan ‘Idea’ yang saya telah bentangkan. Ianya bukan sekadar idea semata-mata tetapi idea yang telah saya praktikkan. Ada 2 contoh ‘Property Management’ yang setiap satunya telah memberikan pulangan ROI (Return On Investment) 50% dan lebih.
Saya juga bukan sekadar hanya bercakap pada teori, malah saya tunjukkan juga bukti dan contoh yang berkaitan. Kebanyakan peserta amat berpuas hati dengan apa yang dikongsikan. Semoga ianya menjadi pendorong kepada lebih ramai orang menyertai industri jutawan hartanah ini.
Antara komen-komen peserta SeminarHartanah.Com pada 25 April 2010 :
“Penerangan yang sungguh berbaloi. Banyak info yang telah dibongkarkan. Satu pelaburan yang tidak merugikan dengan kedatangan saya daripada seberang laut. Dan saya dapat bezakan beberapa perkara dan prosedur di Semenanjung dengan Sabah Sarawak” – Saudara Lukman (usahawan) dari Kota Kinabalu.
“Sungguh membina semangat” – Saudara Fahmi
“Penerangan jelas” - Saudara Sahannim
“Saya rasa ok sangat untuk asas yang diberikan” - Saudara Jafri
“Sebuah perkongsian yang sangat bermanfaat dan berisi daripada En. Yus. Sesuai untuk new comers dalam bidang hartanah” - Saudara Omar
“Saya mendapati peluang yang sudah lama impikan kini terbentang depan mata dan ingin mendalami lebih dalam bidang hartanah ini” - Saudari Rusni
“Memberi maklumat yang berghuna untuk menjadi seorang ejen hartanah” - Saudara Salehuddin
“Sangat bagus dan saya faham dan jika berpeluang saya ingin mempelajari dan mendalami lagi bidang dan saya juga berharap dapat tunjuk ajar dari En Yus” - Saudari Diana
“Penjelasan yang jelas dan tepat tetapi kurang penjelasan tentang lot tanah bergeran (tanaman)” - Saudara Jefri
“Ini adalah satu peluang yang sangat baik untuk membina masa depan. Diharap program ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi dengan berkesan” - Saudara Jumaat
“Ilmu dan maklumat berkenaan ejen hartanah dan bidang hartanah yang amat berguna dan prakrikal” - Saudari Nor Azlin
“Ilmu dan cara penyampaian yang bagus dan terang” - Saudara Rahim
“Sangat bagus! Sebab sebelum-sebelum ini yang saya attend semua dari bangsa bukan Melayu yang buat tentang hartanah. (saya bukan racist tapi sangat bangga ada orang Melayu buat seminar seperti ini). Dari tahun 2004 saya mencari. Pernah pergi, tapi mereka charge RM12,000 untuk bimbing selama setahun (bidang hartanah). En Yus telah mengubah persepsi saya dalam bidang ini. Excellent En Yus! ” - Saudari Qashrin
Wahai pembaca sekalian, segala komen dan pandangan diatas adalah benar belaka tanpa ada sebarang ‘editing’. Komen tersebut diambil daripada borang penilaian yang diberikan krew SeminarHartanah.Com. Semoga semua yang hadir mendapat manfaat.
Saya amat puas berkongsi segala rahsia hartanah yang mungkin belum ramai orang lagi mengetahuinya. Saya juga berbangga dapat berjumpa peserta yang hadir kebanyakan daripada mereka yang mempunyai ciri-ciri ‘Business Minded‘. Tahniah saya ucapkan. Selamat maju jaya kepada semua!
Penulis:
Yus 1Hartanah.Com



May 15th, 2010
admin
Posted in
Tags: 



Teringin nak tahu mcm mana nak jadi ejen hartanah parttime , tapi tak tahu langsung langkah-langkah yang perlu ada pada kita ..nak tolong jual tanah tapi proses dokumentasi tu tak tahu …kalau ada bengkel ni kira ok le ..
tapi 9.00 – 1 ptg tu cukup ke waktu nye …? tak cepat sangat ke ? teringin juga nak pergi pada 30 mei nanti …
hubungi saya fadzil 0199985125