SeminarHartanah.Com 30 Mei 2010 Semakin Mendapat Kepercayaan.

Syukur alhamdulillah… SeminarHartanah.Com kali ke-8 berlangsung dengan jayanya pada 30 Mei 2010. Seperti seminar-seminar yang lepas, kali ini juga diadakan di tempat yang sama iaitu di IQ Bistari Learning Centre, Bandar Tasik Selatan, Cheras, Kuala Lumpur. Seminar kali ini telah berjaya menggamit hati 20 orang peserta bumiputera untuk turut hadir menyertainya. Angka 20 itu adalah angka yang paling besar sepanjang SeminarHartanah.Com ini diadakan.

Rata-ratanya datang dari Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak. Ada seorang yang datang dari Langkawi dan seorang lagi dari Taiping. Beliau dikhabarkan tiba di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur pada jam 3 pagi iaitu enam jam sebelum SeminarHartanah.Com bermula.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Pn. Latifah, Pn. Normala, Tuan Ridzuan, Pn. Azizah, Pn. Noor Haniffah, Pn. Izatul Aswana, Tuan Fadli, Pn. Fazliana, Tuan Nazrul,  Tuan Ezrin, Tuan Jamal, Tuan Roslan, Tuan Abdul Rahman, Pn. Masliza,  Tuan Ibrahim, Pn. Su, Tuan Azrul dan Pn. Nazni.

Apa yang menarik pada seminar kali ini adalah, peserta-peserta sangat teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya sebagai ejen hartanah. Banyak soalan yang diajukan oleh peserta. Antaranya ialah :-

1) Bagaimana mahu membuat sewa atas sewa? - Pn. Latifah
2) Bolehkan kita mendaftar lebih dari satu ejensi? - Pn. Masliza
3) Bagaimana untuk kita membuat sub-sales? - En. Fadli
4) Adakah tempoh untuk kita tukar kepada satu ejensi ke satu ejensi lain? - Pn. Azizah
5) Bagaimana kita hendak berinteraksi dengan ejensi jika ejensi itu bertempat di sekitar Lembah Klang, walhal kita
sebagai ejen berada di luar kawasan? - Pn. Nazni
6) Adakah peguam yang menyediakan borang persetujuan antara ejen dengan pembeli dan penjual? - En. Fadli
7) Jika kita melakukan sewa atas sewa, adakah kita sebagai ejen yang menanggung risiko kerosakan sesuatu hartanah  itu? - Pn. Fazliana

Lebih menarik lagi apabila mereka yang tidak sempat bertanyakan soalan di waktu seminar berlangsung, beberapa peserta tidak melepaskan peluang untuk bertanya lebih lanjut tentang kerjaya sebagai seorang ejen hartanah setelah selesainya SeminarHartanah.Com.

Dalam borang kaji selidik, ramai peserta memberi cadangan mereka agar waktu dan masa SeminarHartanah.Com ini dilanjutkan selama satu hari atau mungkin lebih. Ini kerana masa 3 jam setengah itu tidak mencukupi untuk mereka mendalami dan memahami ilmu hartanah ini.

Jutaan terima kasih saya ucapkan atas cadangan yang diberikan. Insya-Allah saya akan cuba pertimbangkan cadangan yang tuan-tuan dan puan-puan utarakan untuk menaikkan taraf  industri hartanah di kalangan warga bumiputera di masa akan datang. Antara komentar lain yang diusulkan adalah :-

“Dapat memberi ilmu baru untuk saya dalam bidang hartanah. Jarang jumpa seminar seperti ni kat mana-mana. Tq En. Yus.” - Tuan Ridzuan

“Sangat berguna bagi saya dan banyak pengetahuan yang dapat saya pelajari daripada seminar ini dan saya rasa ingin terus untuk menjadi ejen. Terima kasih banyak-banyak saudara Yus.”- Puan Noormala

“Satu info yang menarik. Kalau boleh adakan seminar 1 hari. Setengah hari tak cukup.” - Puan Izatul Aswana

“Memberi info tambahan yang masih kekurangan dalam bidang hartanah. Memberi manfaat dan memberikan gambaran arah tuju jalan untuk menjadi ejen tanah yang sah”- Puan Noorhaniffah

“Amat sesuai sekali untuk sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ejen hartanah yang berdaftar amat berkesan rugi kalau dah tahu tapi tak datang.”- Tuan Roslan

“Masa agak pendek. Maybe boleh buat 2 sesi + bual (3h+3h).” - Tuan Ezran

“Seminar yang sangat bagus, teruskan usaha ini” - Puan Maslizawati

“Amat menarik. Banyak ilmu mengenai hartanah ataupun untuk menjadi hartanah terbongkar dan diberitahu oleh En. Yus. Sangat-sangat menarik.” - Tuan Abdul Rahman

Bidang hartanah ini sangat bagus untuk anak-anak melayu. Boleh menjadi kaya raya dan mengubah kehidupan. Dan menolong orang-orang melayu. Saya akan buat yang terbaik.” - Tuan Jamal

“Suasana seminar agak kurang selesa (bising & sedikit gangguan di belakang). But penyampaian ok, be more professional. Gud luck.” - Puan Nazni

“Bagus. Banyak info untuk menjadi ejen. Tetapi perlu banyak lagi info.”- Tuan Azrul Nizam

“Menambah ilmu dan pengetahuan. Cuma masa yang diperuntukkan tidak mencukupi. Discussion amatlah dialu-alukan dan akan menambah kefahaman. Encik Yus sangat jujur, jika sukar dia kata sukar.” - Puan Fazliana

“Panjangkan masa Seminar! Overall Good!.” - Puan Nor Azizah

“Seminar yang bagus. Perlu ditambah masa untuk perniagaan lebih terperinci.”- Tuan Ezwan

“Alhamdulllilah, En. Yus dan membuka mata saya mengenai industri hartanah. Saya berharap dapat mencapai cita-cita saya untuk menjadi salah seorang ejen hartanah yang berjaya.” - Tuan Mohd Fadli

“Sangat banyak ilmu mengenai bidang hartanah. Semuanya ok. Cuma masa agak singkat. Seandainya masa dipanjangkan mungkin lebih best. Saya harap akan lebih ramai bumiputera yang dapat sertai bidang ini kerana inilah bidang lubuk ‘emas’. Terima kasih pada En. Yus dan crew-crew.”- Tuan Muhammad Nazrul

“Seminar yang menarik dan berinformasi. Semoga terus berkongsi ilmu dalam memajukan Melayu dan Islam Malaysia.” - Puan Latifah

“Seminar yang amat berguna dan boleh dimanfaatkan bagi tujuan bisnes dalam bidang hartanah. Diharap seminar ini akan berterusan di masa hadapan. Penceramah juga menerangkan info dan maklumat-maklumat dengan tepat dan penuh penjelasan.” - Puan Norhuzaira

“Good.” - Tuan Nazri

Seperti biasa diakhir SeminarHartanah.Com akan dirakamkan sebuah gambar kenangan bersama sebagai bukti kehadiran peserta. Dan peserta menjalinkan ukhwah sesama mereka berserta bertukar-tukar kad perniagaan.

You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “SeminarHartanah.Com 30 Mei 2010 Semakin Mendapat Kepercayaan.”

  1. Mar says:

    Bila Seminar ini akan diadakan lagi pada masa hadapan?

  2. Norhana says:

    Salam Master Yus,

    Bila pulak next SeminarHartanah.Com? Sy berminat nak hadir utk pelbagaikan lagi sumber pendapatan sy.

  3. nazni says:

    hi en. yus…

    terima kasih atas ilmu ttg hartanah yang diberi….

    sedang di applikasikan ilmu tersebut…tetapi saya masih baru…just need to find out agent di kedah…cuma masih dalam proses pencarian….agak susah gak kan…

    but cara yang en yus ajar untuk develop properties tu…macam bagus untuk dibuat dan bersemangat waja untuk dilaksanakan..insyaAllah…
    anyway…thanks a lot

    • admin says:

      Setiap orang ada kelebihan dan kekuatan masing-masing. Untuk orang baru memang akan ada sedikit kesukaran disebabkan penyesuaian kerjaya baru. Tetapi percayalah, setahun dua dari sekarang tidak mustahil untuk menjadi seorang otai.

      Teruskan usaha dan semoga berjaya!

  4. Terima kasih kerana masih sudi menyampaikan info kepada saya.InsaAllah akan datang saya akan sertai seminar saudara.Buat masa ini keadaan tidak mengizinkan saya untuk travel ke KL.

  5. cascd says:

    Salam. saya seorang peminat dengan program hartanah ni. tetapi saya langsung tiada pengalaman. Bila saudara yus pergi buat seminar di Kuching Sarawak?

Leave a Reply

Powered by WordPress | Bestincellphones.com Offers Free CellPhones. | Thanks to iCellPhoneDeals.com Wireless Deals, Find Best CD Rates and Fat Burning Furnace Review